SELAMAT DATANG DI BLOGNYA KANG AMRULLAH www.kangamrullah.blogspot.com

Kamis, 08 Maret 2012

DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD

Duduk Istirehat
“Nabi saw duduk tegak (ia itu duduk atas telapak kiri nya dengan tegak sehingga setiap ruas tulang punggung nya mampan). (HR Bukhari dan Abu Dawud)
Dikalangan ahli fiqh duduk seperti ini dinamakan duduk istirehat. Begitu lah di nyatakan oleh Imam Shafii. Imam Ahmad pun berkata demikian. Ibnu Hani dalam kitab Masail nya berkata “Saya melihat Abu Abdullah (Imam Ahmad) adakala nya tertumpu pada kedua tangan nya bila hendak berdiri dan adakala nya beliau duduk terlebih dahulu dengan tegak kemudian bangkit berdiri.”

Sabit dalam sahih Bukhari daripada hadis Malik bin Huwairith, bahawa beliau melihat Nabi SAW bersolat, apabila pada rakaat ganjil (pertama dan ketiga), baginda tidak bangun sehinggalah duduk tetap. Sahih Bukhari (no: 789).

Berdasakan hadis ini, mazhab Syafie mengatakan duduk istirahat sebelum bangun adalah sunnah. Manakala jumhur ulama mengatakan tidak sunnah kerana duduk istirahat tidak disebut dalam mana-mana hadis lain tentang sifat solat Nabi SAW.

Mazhab Syafie dikuatkan dengan:
-kaedah: Asal bagi perbuatan Nabi SAW adalah sebagai satu tasyrie' (pensyariatan) dan ia diikuti oleh umatnya, melainkan ada dalil yang mengatakan ia disebabkan illah lain.

-Malik bin Huwairith yang meriwayatkan hadis duduk istirahat, dia lah juga yang meriwayatkan hadis "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".
Ucapan hadis ini diucapkan oleh Nabi ketika Malik bin Huwairith datang ke Madinah dan bersama Nabi selama lebih kurang 20 hari 20 malam. Dan pada ketika itulah Malik melihat Nabi solat dengan duduk istirahat, dan pada ketika sama itulah Malik mendengar Nabi bersabda: "Sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".

Dan takbir di baca mulai bangun dari sujud itu sampai berdiri...itu masa bertakbir...jadi boleh juga ketika bangaun terus duduk istirahat disana mulai membaca takbir....dan dalam hal ini tidak dipermasalahkan.

wallahu`alam.kang amrullah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

dono ekting